Saturday, September 20, 2008

Thrash Metal


hak ele!! muzik pe ko men ni? terabur je?pekak telinga aku..ko tau x muzik yg ko men ni xde seni langsung!! ko men lagu ape sebenarnye ni? BLACK METAL ke? hahahahaha!!!

da banyak da org yg aku jumpe ckp camni kat aku bile aku men lagu2 metal ni dgn gitar dan bile aku dgr lagu2 metal ni kat PC,Hp,Kaset dan CD..tapi aku wat bodo je,cume kngkdg bile aku nyampah sgt aku terus "sound" je.."ko bodo ke ape?ko tau ke Black Metal 2 ape?seni 2 menatang ape?ko penah dgr ke org ckp lagu2 camni xde seni? ko elok gi mampus la!!! 2 kalo aku bengang r..kalo aku x bengang aku senyum je wat xtau..malas nak layan..haha!!

aku sebenarnye nak berkongsi dgn sesape yg otai tentang apa itu muzik yang org kata xde seni dan membingitkan telinga iaitu muzik thrash metal walaupun aku sendiri pun x bape reti gak sebenarnye..haha!! bende2 bekenaan muzik thrash metal ni, aku sentiasa update ngan otai2 dalam scene U/G time aku gi gig2 metal dan kengkadng 2 kat kedai mamak pun bleh jadi kalo nak menyembang pasal benda2 ni,tuk menambahkan lagi pengetahuan aku rajin r baca kat zine2 n surf internet..haha!! kalo nak diikutkan,time aku darjah 5 or 6 aku da mendengar muzik2 keras cam ni hasil daripada abg sulung aku,leh dikatakan hari2 gak ar telinga aku dihidangkan dgn muzik2 camni.. time aku sekolah rendah dulu,ari2 abg aku pasang deep purple,whitesnake,metallica,megadeth,scorpion,wings,search,wolf spider dan mcm2 lagi r band2 yang membawakan lagu berpaksikan pada muzik yang ekstrem ni..sampai kengkadang 2 member2 aku kat sekolah heran,ko nyanyi lagu ape ni?xbest langsung!! haha!! aku gelak je la coz aku sendiri xtau nak jwb ape..maklum la,time 2 kanak2 ribena lagi,haha!! tapi bile aku masuk sekolah menengah pada tahun 2000,aku da kurang dgr coz time 2 zaman eminem,limp bizkit ngan band2 yg seangkatan dengannye tgh naik,so sedikit sebanyak aku pun terpengaruh dgn muzik2 cam2..tapi x jauh mane pun,muzik rock n metal gak yg bertakhta di hati..pusing ke mana pun tetap pegi ke rock gak..haha!! Jap2,sebelum 2 perlu diigtkan,rock n metal yg old skool,bukan rock/metal yang merapu skung ni..haha!!aku igt lagi,time aku form4..aku ngan member yg duk setaman ngan aku,member dari kecik la senang cite..aku men gitar depan die n time aku men gitar aku tunjuk kat die lagu"Seek N Destroy" dari first album metallica "kill'em all" memang syahdu r time 2 coz member aku leh tangkap cintan plak..mmg cantek r!! terus wat band..xleh tnggu..alang2 da tangkap cintan kita kasi "kawen" terus..baru ngam!! setelah aku berjaya mengrekrut bandmate yang lain,maka bermulalah perjalanan sebuah band yang bermula apabila mendengar lagu Seek N Destroy yang dimainkan hanya dgn menggunakan gitar kapok..mmg best gila r!!

Aku da mengarut da ni,cite pasal sejarah aku plak..haha!! xpe,kita pusing balik..nape aku memilih muzik2 yang ketinggalan zaman ni?da la old skool..org da x main da muzik2 camni..da abeh zaman da..skung zaman indie!! FUCK OFF n DIE pada sesape yg mengatakan muzik2 camni da abeh zaman..bagi aku,sume jenis muzik dalam dunia ni xpenah abeh zaman coz sampai skung ni masih ade lagi kedai2 kaset dan cd yg still jual album2 CLASSICAL,BLUES,JAZZ,POP YEH YEH,SKA,REGGAE dan mcm2 lagi jenis muzik yg old skool,lagu2 ni zaman tok moyang aku je..xyah pegi jauh2 r..skung ni nak dekat raya,lagu raya zaman bile yg selalu dimainkan kat dlm radio?dlm HP korg?dlm TV?kat shopping complex?sumenye lagu2 lama wlaupun ade gak la terselit lagu2 raya yg baru tapi lagu2 lama gak yg best,gile cool bro!! jadi korg sendiri leh pikir r nape aku ckp muzik2 di dunia ni xkan abeh zaman..sume muzik di dunia ni akan terus bernyawa selagi masih ade org yg ingin mengkaji ape itu seni dalam muzik..jgn jadi cam mmbe2 aku yg hanya reti mengutuk je..FUCKING HELL!!!

Bagi aku,muzik thrash metal ni adalah salah satu jenisan muzik yang agresif,penuh dgn kelajuan,hentakan drum yg laju,dentuman pedal cam peluru,riffing gitar yg laju,solo yg selaju 140km/j,tarikan pitching yg tinggi dan growl yg menakutkan,huahuahua..gila gempak sial!!! Baru2 ni aku de berborak ngan member aku kat mamak hakim seks7 s.alam..kitorg membincangkan berkenaan siapa the first thrash metal band dlm dunia ni?aku terdiam jap,pas aku pikir jap terus aku gitau "susahla wan,bnyk sgt band2 metal dlm dunia ni..aku kengkadang pun pening gak nak pikir"..haha!! jakgi tetibe mmber aku gelak plak..sial betul!! aku nak penerajang je kepala die..tapi aku still cover macho lagi coz ade awek die lepak semeja..haha!! lepas die puas gelakkan aku terus die gitau.."bagi aku,metallica adalah band thrash metal yang pertama"..pas2 aku soal mmber aku 2..nape plak?die jwb,coz pada tahun 1983 tidak ada band thrash metal yang merakamkan album selain daripada metallica..aku pun senyap kejap..hmm..aku ckp ngan mmber aku,aku x setuju ngan jawapan ko..coz overkill pernah merakamkan album thrash metal yang bertajuk Feel The Fire pada tahun 1979/1980..judas priest pula pernah merakamkan satu lagu yg mempunyai riffing yg seakan2 muzik thrash metal pada tahun 1978,aku x bape igt tajuk lagu 2,tapi aku pasti mmg ade lagu2 yg seakan2 riffing thrash metal tapi ianya tidak dikecohkan coz pada zaman 2 meletup dgn irama New Wave Of British Heavy Metal(NWOBHM) hasil daripada band Iron maiden,jadi orang pun beranggapan muzik yg dihasilkan pada ketika itu adalh muzik heavy metal..hanya apabila metallica mengeluarkan first material dorg barulah industri muzik pada ketika itu membuka mata dan cuba mencari dimana bermulanya muzik thrash metal ini..godfather of metal iaitu black sabbath juga pernah menghasilkan satu lagu yg seakan muzik thrash metal kalo x silap aku,lagu yg bertajuk Digital Bitch..so x timbul siapa yang memulakan muzik thrash metal dan siapa yang menciptanya..cume bagi aku ianya bermula dgn band2 seperti deep purple,led zeppelin,cream,queen dan band2 yg seangkatan pada zaman itu..hasil daripada muzik daripada band2 otai ni maka lahirlah black sabbath,band yg bagi aku adalah datuk kepada muzik metal yg lahir pada ari ni,cubalah tanya pada band2 metal kat dunia ni,apakah influence muzik mereka?pasti mereka akan mengatakan black sabbath!!! Kemudian barulah lahir band Venom,band yang berpaksikan pada muzik rock N roll tapi lirik2 mereka penuh dgn kegelapan dan unsur2 syaitan,asal usul perkataan black metal juga berasal dari band ni..pas2 barulah lahir band2 seperi metallica,slayer,kreator,testament,megadeth,evildead,destruction,sodom dan yg lain2..jadi conclusionnye,tidak ada pioneer dalam muzik thrash metal itu sendiri coz muzik2 sebegini telah terhasil lama pada tahun 1960++..
cume ianya tidak dikomersialkan kerana tidak ada sesiapa yg berani untuk melabelkannya..so setakat ni ko paham x wan?ni pendapat aku je..haha!! sebelum aku terlupa,org melabelkan metallica adalah band thrash metal pertama kerana,pada tahun 1983 iatu tahun metallica mengeluarkan first album dorg tidak ada band2 metal dan major label yg berani memasarkan muzik sebegitu dan mengeluarkan album yg berentak gila babi di arena mainstream pada ketika itu..jadi bebudak pada zaman 2 terus mengatakn metallica adalah band pertama yg memainkan muzik sebegitu,selepas kelahiran first album metallica yang bertajuk kill'em all itulah yg melahirkan lebih ramai lagi band2 lagenda dalam muzik thrash metal seperti,slayer,forbidden,annihilator,nuclear assault,kreator,coroner,mutilation,sepultura,dan mcm2 lagi band2 yang da bertaraf legenda skung ni..so,kesimpulannye..metallica adalah pemula kepada irama thrash metal itu untuk lebih dikenali di arena mainstream,pemula kepada kelahiran band2 thrash metal yg lain,untuk memudahkan cerita..metallica adalah pembuka jalan kepada band2 yg lain coz kalo xde metallica aku rasa muzik thrash metal ni mmg xde r,dan aku rasa muzik thrash metal 2 org panggil muzik heavy metal r smpi skung..hahaha!!! ko paham x wan?ko jgn kecik ati plak,aku bagi pendapat atas ape yg aku taw je..so aku harap ko x merajuk plak..kahkahka!! sampai situ je la perbincangan aku ngan mmber aku pasal metal,pas2 terus tukar topik bola plak..haha!! takut kene paku la 2 mmber aku..hahaha!!!

Bagi sesape yg kat luar 2 yg mengatakan muzik metal especially thrash metal 2 xde seni dan xleh dilayan bwak2lah mendengar lagu2 rentak camni coz akan ade sumthing yg korg akan jumpe disebalik irama yg keras 2..haha!! bukan nak mengajar cume nak ajak korg mengkaji je..2 je,supaya xde salah paham dan mengatakan ni muzik sembah setan..haha!! cube korg pikir kejap,kalo muzik thrash metal ni xde seni..da lama konsert metallica S&M x jadi..tul x?kalo sesape yg pernah tgk video live konsert ni mesti teruja coz betapa dasyatnye cantuman muzik thrash metal ngan orkestra pada ketika itu..seperti yg kita sume taw,muzik orkestra adalah sgt lembut dan mendamaikan tapi apabila dicampurkan dengan muzik metallica ianya menjadi satu benda yg sangat menjadi dan gila babi!!! mmg aku salute r album ni!! so disini dapat taw r yang muzik keras sebegini juga ada seni yg halus kalo x masakan muzik sebegini boleh dicombinekan menjadi satu dengan orkestra?tul x?haah!! tapi bukan metallica je yg pernah mengeluarkan album orkestra camni,deep purple pun mengeluarkan album orkestra yg camni pada tahun 1968 or 1970 kalo x silap aku..ni bermakna da lame da la konsep yg sebegini..haha!!!

Kepada sesape yg masih keliru tentang apa yg aku post ni janganlah pening dan menyumpah aku coz tujuan aku adalah untuk berkongsi tentang muzik yang aku minat gile ni dan hanya untuk meluahkan ketidakpuasan ati aku ngan member2 aku yg pernah kutuk aku,ahha!! 2 je..kalo ade sesape yg lagi tau pasal muzik ni leh la berkongsi ngan aku..kite bertukar pendapat..haha!! kepada pejuang2 muzik metal old skool..double trouble salute 2 all of u!!

Thrash Till Death
Cheerss..

No comments: